USD/CAD Catat Paras Ketinggian Terbaru Lagi Hari Ini

398

Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD telah mencatatkan paras ketinggian terbaru pada hari ini ekoran penyusutan dolar Kanada yang didorong oleh kejatuhan harga minyak mentah.

Pasaran minyak mentah merosot berikutan kesan virus Wuhan di China bertambah buruk dengan jumlah angka kematian semakin meningkat hari ke hari.

Selain itu juga, peningkatan yang tinggi pada bacaan inventori minyak mentah Amerika Syarikat menambahkan lagi tekanan terhadap harga minyak.

Harga pada carta USD/CAD yang menguji zon resistance pada ketinggian 1.32000 akhirnya berjaya membuat kenaikan ke paras tertinggi terbaru 1 bulan.

Zon resistance 1.32000 telah diuji sepanjang minggu ini namun gagal ditembusi sebelum ini.

Jika bacaan data pertumbuhan GDP Amerika Syarikat yang diterbitkan pada malam ini positif, harga bakal meneruskan momentum kenaikan ke paras lebih tinggi.

Pergerakan USD/CAD hari ini pada mulanya perlahan sepanjang sesi Asia sebelum kenaikan harga dipamerkan pada awal sesi pasaran Eropah.

Harga dilihat membuat kenaikan menuju paras ketinggian pada 1.32400 iaitu paras tumpuan terhampir sebelum menguji zon SBR (support become resistance) 1.32700.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.32000 akan kembali diuji yang membentuk zon RBS (resistance become support) yang baru.

Penurunan lebih rendah melepasi sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) akan menuju pula zon RBS pada 1.31600.

Dagangan Loonie dijangka akan turut dipacu oleh bacaan data pertumbuhan GDP Kanada yang akan diterbitkan pada sesi New York hari esok.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat