USD/CAD – Lepas Buat Kenaikan, Harga Menjunam 170 Pips!

110

Carta harga pasangan mata wang USD/CAD mengejutkan pelabur pada dagangan Selasa semalam apabila memaparkan pergerakan yang agresif di sesi Eropah hingga ke sesi New York.

US dolar pamerkan pengukuhan di sesi Eropah namun gagal untuk mengekalkan rentak positif itu apabila kembali didagangkan susut semula di sesi berikutnya.

Sementara dolar Kanada mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan semula di sesi New York semalam ketika US dolar sedang melemah.

Bacaan pertumbuhan ekonomi bulanan di Kanada untuk November tahun lalu kekal tidak berubah seperti dijangkakan di paras 0.1%.

Kenaikan harga minyak mentah juga dilihat turut menjadi faktor tambahan yang menyokong pengukuhan semula mata wang Loonie semalam.

Harga pada mulanya membaut kenaikan ke paras ketinggian 1.34700 kemudiannya telah menjunam sehingga 170 pips mencecah kembali paras 1.3300.

Paras 1.33000 tersebut kekal menjadi support buat harga yang turut menyaksikan harga melantun naik dari paras tersebut pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Namun, pelabur waspada untuk isyarat bearish harga yang bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut.

Jika zon support 1.33000 akhirnya ditembusi, harga bakal jatuh lebih rendah mencatatkan paras terendah terbaru 11 minggu.

Meneruskan pergerakan trend bearish menjangkakan harga bakal menuju ke zon support lebih rendah yang berada pada 1.32000.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula dari support 1.33000, harga berkemungkinan akan melepasi beberapa halangan penting.

Selepas melepasi halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend, harga seterusnya akan melepasi pula paras 1.34000 sebelum menuju ke zon rintangan 1.35000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat