USD/CAD Mendatar Menjelang Mesyuarat Dasar Bank Pusat Kanada

271

Isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China turut mempengaruhi pasaran minyak mentah dan harga minyak menunjukkan sedikit penurunan. Ini telah menjejaskan dagangan dolar Kanada dalam pasaran kewangan.

Selain itu, pelabur sedang menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari oleh bank pusat Kanada pada jam 10 malam esok. Jangkaan kadar faedah akan masih terus dikekalkan di paras 1.75%.

Bank pusat akan terus memberi fokus kepada perbelanjaan isi rumah, pasaran minyak dan juga ketidaktentuan pada dagangan global. Kemerosotan pada hubungan dagang antara Amerika Syarikat harus dititikberatkan sementara pelabur juga akan melihat komen Gabenor berkenaan pasaran buruh.

Jika dibandingkan dengan USD, pasangan matawang USD/CAD pada dagangan semalam dilihat menunjukkan pergerakan yang agak mendatar dengan kedua-dau matawang didagangkan seimbang.

Walaupun Loonie mengalami penurunan, USD yang masih didagangkan berisiko gagal melonjakkan harga ke paras lebih tinggi dan dengan itu melihatkan harga hanya bergerak di sekitar bawah paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Julat pergerakan harga pada USD/CAD semalam hanya mencatatkan sekitar 23 pips sahaja dengan paras terendah di paras 1.34300 dan paras tertinggi dicapai ketika menguji paras Magic Pivot semalam.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini melihatkan harga didagangkan di sekitar paras Magic Pivot 1.3442 dan menguji paras tersebut untuk cuba membuat kenaikan namun berdepan kesukaran untuk bergerak ke paras lebih tinggi.

Harga berkemungkinan akan membuat penurunan menjelang mesyuarat dasar monetari melepasi paras support 1.3430 (MagicS1) untuk mengatasi paras terendah harian pada dagangan semalam.

Penurunan harga yang diteruskan dijangka akan ke paras support sekitar 1.3407 (MagicS3) yang berada pada zon tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Jika harga berjaya membuat kenaikan dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dituju adalah pada resistance 1.3454 (MagicR1) untuk harga menguji paras ketinggian harga dicapai semalam.

Seterusnya, kenaikan harga berkemungkinan akan melepasi resistance pada indicator Moshed Magic Line yang lain sebelum menuju ke zon resistance pada paras ketinggian 1.35000 dengan mencatatkan sekitar 60 pips kenaikan dari paras Magic Pivot.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.3430, 1.3418, 1.3407.

Paras resistance: 1.3454, 1.3465, 1.3477.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat