USD ‘Dibuang’ Selepas Minit Mesyuarat FOMC, Apa Hal Ni?

932

US dolar didagangkan sedikit susut selepas pelabur meneliti laporan minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada awal pagi tadi tidak menunjukkan sebarang kejutan terbaharu mengenai kenaikan kadar faedah Federal Reserve (Fed) akan datang.

Menurut minit mesyuarat tersebut, kebanyakan pembuat dasar bank pusat AS menilai bahawa kenaikan 50 mata asas dalam julat sasaran untuk kadar dana Fed berkemungkinan sesuai pada mesyuarat polisi yang akan datang.

Selain itu, mereka juga menyatakan pendirian dasar yang ketat mungkin menjadi sesuai bergantung kepada prospek ekonomi yang berkembang, yang dilihat sebagai sangat tidak menentu buat masa ini.

Pada masa yang sama, mempercepatkan penyingkiran dasar yang mudah, akan menjadikan bank pusat itu berada kedudukan yang baik pada akhir tahun ini untuk menilai kesan dari pengetatan yang dilaksanakan.

Fed telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada julat sasaran 0.75%-1.00% pada mesyuarat Mei 2022 iaitu kenaikan kedua berturut-turut dan terbesar dalam kos pinjaman sejak tahun 2000.

Sementara itu, mata wang euro yang disokong oleh kenyataan hawkish Bank Pusat Eropah (ECB), cuba memanfaatkan penyusutan US dolar bagi mendapatkan dorongan tambahan untuk meningkat.

Mata wang pound pula tanpa dijangka meningkat lebih tinggi pada sesi Asia yang dipacu oleh kelemahan dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat