USD/JPY Bakal Catat Paras Tertinggi 8 Bulan Terbaru Jika Tembusi Zon Resistance 109.700

393

Setelah mempamerkan kenaikan lebih 200 pips pada minggu lalu, pergerakan harga pada carta USD/JPY perlahan memulakan dagangan minggu ini berlegar di paras tertinggi minggu lalu.

Fokus kepada dagangan pada Jumaat, harga yang hampir menyentuh paras 109.700 kemudian kembali menurun dan meniti di atas garisan halangan Moving Average 50 (MA50) susulan laporan data NFP Amerika Syarikat diterbit dengan bacaan mengecewakan.

Ekonomi AS mencatatkan pertambahan pekerjaan lebih perlahan pada Disember dengan angka 145,000 meleset berbanding jangkaan 162,000.

Namun begitu, penyusutan matawang US dolar tidak begitu ketara disebabkan sentimen optimis perjanjian perdagangan Amerika Syarikat dan China  yang bakal ditandatangani pada Rabu di White House.

Jika proses menandatangani perjanjian berjalan lancar, US dolar bakal kembali diniagakan kukuh dengan ramalan pertumbuhan global akan kembali pulih.

Harga pada USD/JPY yang masih berada lebih tinggi dari MA50 yang menunjukkan trend kekal bullish sedang menguji zon resistance sekitar 109.700. Resistance tersebut turut diuji pada dagangan November dan Disember tahun lalu.

Jika sentimen pasaran pada minggu ini menyokong dagangan USD, harga bakal meneruskan kenaikan menembusi resistance tersebut untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mei 2019.

Sebaliknya jika zon resistance tersebut masih gagal ditembusi dan harga bergerak lebih rendah dari paras sokongan MA50, berkemungkinan harga akan memberi isyarat perubahan trend.

Penurunan harga dilihat akan menguji zon minor RBS (resistance become support) sekitar 109.200 sebelum menuju paras tumpuan seterusnya pada 109.000.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah ke zon RBS seterusnya sekitar 108.600.

Di samping itu juga, terus pantau berita-berita pasaran seperti perkembangan ketegangan di Timur Tengah dan lain-lain untuk isyarat pergerakan harga dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat