USD Main Gila! Tekan EUR/USD Buat Terjunan Sekitar 150 Pips

418

Matawang USD tampaknya menunjukkan belang untuk mengukuh selepas terima rangsangan daripada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada sesi New York semalam (Selasa) mengenai tapering.

Powell telah pun mengumumkan keinginan dalam mempercepatkan langkah untuk mengurangkan pembelian bon yang sekali gus akan melihat penamatan pembelian bon lebih awal lagi.

Jadi pasaran dapat menjangkakan tempoh untuk langkah tapering bakal diselesaikan dengan segera di kala ancaman penularan Covid-19 dengan varian Omicron yang semakin merebak ke seluruh negara.

Namun meninjau kepada harga pada carta pasangan matawang EUR/USD nampaknya dilihat seperti ingin kekalkan kesinambungan semula lonjakan pada Jumaat lalu setelah mendatar pada awal minggu.

Akan tetapi lonjakan itu sama sekali telah disangkal dengan terjunan menghampiri 150 pips pada sesi New York semalam ekoran reaksi terhadap ucapan Powell sebelum kembali mendaki di penghujung sesi.

Pergerakan harga juga turut menyaksikan harga didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat awal kepada trend bullish menjelang terbitan data NFP Amerika Syarikat (AS).

Sekiranya harga pada carta EUR/USD terus menerima tekanan untuk kekal membuat penurunan lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 1.13000 dijangka akan ditembusi untuk terus menyusut.

Penyusutan yang dikekalkan bakal menyaksikan pergerakan harga berupaya menuju ke zon sokongan 1.12000 serta paras terendah sejak Julai 2020 sekitar 1.11900 berkemungkinan akan kembali dicapai.

Sebaliknya jika harga mampu untuk meneruskan trend kenaikan yang dipamerkan ketika ini, zon SBR (support become resistance) 1.14000 berkebarangkalian akan menjadi zon tumpuan kepada pelabur.

Kenaikan yang lebih tinggi pula akan melihat pergerakan harga mencapai ke sasaran terbaharu pada zon SBR seterusnya pada 1.15000 untuk isyarat bullish yang lebih jelas sebelum terus kekal mendaki.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat