USD Masih Gagal Meningkat, Mata wang Utama Lonjak Semula!

361

Mata wang utama mendapat kekuatan untuk meningkat semula pada sesi dagangan hari ini, sekali gus memperlihatkan US dolar kembali terkulai layu.

Pada awal sesi Eropah, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand kembali menokok lebih tinggi untuk memadamkan kerugian yang dicatatkan sebelum ini.

Sementara US dolar pula susut semula selepas memaparkan pemulihan dalam sesi dagangan Rabu.

Usaha untuk raja mata wang itu bangkit daripada paras terendah tampaknya gagal apabila sentimen terhadap aset berisiko dilihat terus mengalir dalam pasaran.

Pelabur kini menantikan terbitan bacaan akhir data keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku keempat 2022 dan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang mungkin boleh mempengaruhi mata wang gergasi itu.

Dalam pada itu di Eropah, mata wang euro kembali menyambung kenaikan menjelang keluaran data inflasi Jerman yang dijangkakan menurun kepada 7.5% pada bulan Mac.

Selain itu, mata wang pound turut mencatatkan kenaikan semula, memperlihatkannya kembali didagangkan di paras ketinggian 2 bulan berbanding greenback. 

Dolar Kanada pula melanjutkan pengukuhan lebih tinggi untuk mencapai paras tertinggi baharu 5 minggu berbanding US dolar.

Yen pula kekal menyusut apabila pelabur terus melepaskan safe-haven di tengah-tengah sentimen pasaran yang lebih positif.

Walaupun dengan kenaikan mata wang utama, pelabur tetap berwaspada dengan turun naik yang tidak menentu menjelang akhir dagangan bulan Mac dan suku pertama 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat