USD Parah Dilanyak Powell!

945

US dolar merosot lebih rendah selepas mesyuarat polisi terbaru FOMC menunjukkan Federal Reserve (Fed) mungkin akan menamatkan kitaran pengetatannya tidak lama lagi.

Ini susulan jangkaan yang ditunjukkan oleh ‘dot-plot’ (kegunaan Fed untuk isyarat prospek kadar faedah) yang menjangkakan hanya satu lagi kenaikan kadar mungkin dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback tergelincir ke paras terendah 7 minggu pada 102.31 pada sesi Asia.

Rentetan daripada kegagalan dua bank Amerika Syarikat, Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank minggu lepas, kenyataan dasar terbaru Fed dilihat telah berubah.

Fed tidak lagi melihat bahawa kenaikan kadar berterusan sesuai untuk meredakan inflasi. Sebaliknya, ia kini menjangkakan beberapa pengukuhan dasar tambahan mungkin sesuai.

Meskipun begitu, tiada pemotongan kadar faedah dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini ekoran inflasi yang masih jauh lagi di atas sasaran bank pusat.

Ekoran itu, mata wang euro melantun lebih jauh ke paras tertinggi 7 minggu berbanding greenback, selain turut disokong oleh jangkaan kenaikan kadar berterusan oleh Bank Pusat Eropah (ECB).

Sementara itu, mata wang pound turut melonjak ke paras ketinggian 7 minggu susulan data inflasi UK yang menunjukkan peningkatan semula pada bulan Februari.

Pelabur kini menantikan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) malam ini, yang dijangka akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas.

Selain itu, mata wang swiss franc turut menjadi tumpuan pelabur hari ini berikutan mesyuarat polisi Swiss National Bank (SNB) yang diramalkan akan melaksanakan kenaikan 50 mata asas.

Beralih kepada mata wang Asia, dolar Aussie dan New Zealand juga didagangkan meningkat walaupun kenaikan yang dicatatkan dilihat agak terhad.

Mata wang yen pula kembali mengukuh ke paras terkuat 6 minggu berbanding US dolar.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat