USD Susut Lebih Jauh, Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran?

1,589

Matawang Euro dan yen mengukuh pada hari Khamis, mengurangkan beberapa kerugian yang dihadapi baru-baru ini berbanding US dolar. Manakala franc Switzerland mencecah paras tertinggi sebulan berbanding euro selepas inflasi Switzerland melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

Dolar telah mengukuh kepada paras tertinggi tiga minggu berbanding yen dan mengukuh berbanding euro selepas kenaikan semalaman dalam hasil Perbendaharaan. Walaubagaimanapun momentum tersebut terbatas apabila pembukaan pasaran Eropah dimana US dolar mula susut seiring dengan kejatuhan dalam hasil A.S.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan susut 0.31% kepada paras dagangan 102.195. US dolar juga susut lebih lanjut apabila data ADP kurang memuaskan pada bulan Mei.

Sektor swasta Amerika Syarikat dilaporkan hanya berjaya menambah 128,000 pekerjaan pada bulan Mei, dimana angka tersebut adalah lebih kecil daripada jangkaan. Disisi lain, tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri turun 11,000 kepada 200,000 bagi minggu berakhir 28 Mei, kata Jabatan Buruh pada Khamis. Ahli ekonomi pula meramalkan 210,000 permohonan.

Namun begitu, menurut , seorang penganalisis di OANDA, berpendapat bahawa data A.S telah menunjukkan tanda-tanda bahawa ekonomi A.S berkemungkinan bertahan lebih baik daripada pesaing walaupun ekonomi global semakin perlahan.

Disisi yang lain, matawang Euro mengukuh 0.55% kepada paras dagangan 1.0704 berbanding US dolar. Namun begitu rekod bacaan inflasi zon euro minggu ini telah menambah tekanan ke atas Bank Pusat Eropah, yang akan minggu hadapan untuk membincangkan dasar ekonomi.

Franc Switzerland meningkat 0.3% kepada 1.022 franc setiap euro, tertinggi sebulan, selepas Inflasi Switzerland meningkat pada paras tertinggi dalam 14 tahun pada bulan Mei.

Dolar Kanada sedikit berubah pada C$1.2646 selepas Bank of Canada pada hari Rabu, seperti yang dijangkakan, menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas dan menandakan pengetatan yang lebih agresif akan datang.

Akhir sekali, dolar Australia naik 0.3% dan sterling 0.6%, kedua-duanya dibantu oleh sentimen pelabur yang bertambah baik terhadap kelas aset.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat