USD Tak Cukup Kuat Untuk Bangkit Lebih Jauh

356

Pasaran tidak banyak berubah pada sesi Eropah, menyaksikan US dolar memadamkan beberapa keuntungan yang diraih pada sesi sebelum ini.

Data jualan runcit Amerika Syarikat yang menyuramkan pada bulan Disember telah menimbulkan kegelisahan pasaran terhadap kemungkinan kemelesetan di ekonomi gergasi dunia itu.

Ini telah menyokong dagangan safe-haven untuk meningkat, terutamanya US dolar dan yen Jepun.

Bagaimanapun, keuntungan yang dicatatkan US dolar gagal memacu kebangkitannya lebih tinggi walaupun ia turut mendapat sokongan dari kenyataan hawkish penggubal dasar Federal Reserve (Fed).

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar diniagakan berlegar pada sekitar paras terendah 8 bulan pada 102.21 ketika sesi Eropah.

Dengan ketiadaan data-data utama, raja mata wang itu dijangka akan terus bergerak perlahan menuju dagangan penghujung minggu.

Sementara itu, mata wang yen kekal didagangkan menguat pada paras tertinggi 8 bulan setelah pelabur mengetepikan kekecewaan daripada pengumuman dasar Bank of Japan (BOJ) pada Rabu.

Mata wang euro pula sedikit meningkat, manakala pound mendatar pada sesi Eropah dengan masing-masing kekal didagangkan sekitar paras terkuat bulanan berbanding USD.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan merosot, di mana masing-masing dipengaruhi oleh data pekerjaan Australia yang menyuramkan dan pengumuman mengejut Perdana Menteri Jacinda Ardern untuk meletakkan jawatannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat