USD Tengah ‘Down’, Inilah Masanya Untuk Emas Naik!

830

Komoditi emas meningkat lebih tinggi, mencecah paras ketinggian satu minggu ketika matawang US dolar terus memanjangkan penyusutan pada pembukaan dagangan awal minggu.

Memasuki sesi pasaran Eropah, spot emas diniagakan meningkat pada $1,893 per auns sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,891 per auns (4.15 petang waktu Malaysia).

Penasihat tertinggi Presiden terpilih, Joe Biden telah menggesa supaya segera mengambil tindakan untuk menangani krisis coronavirus ketika jumlah keseluruhan kes jangkitan di Amerika Syarikat melebihi angka 11 juta selepas merekodkan peningkatan tertinggi harian 177,000 kes pada Sabtu.

Penularan yang semakin meluas telah menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap ekonomi Amerika Syarikat dan mengangkat harapan terhadap langkah rangsangan fiskal selanjutnya oleh negara itu.

Pada minggu lepas, Pengerusi Federal Reserve (Fed) AS, Jerome Powell terus menegaskan bahawa lebih banyak tindakan perlu diambil oleh bank pusat dan Kongres untuk menyokong ekonomi.

Powell juga mengatakan bahawa peningkatan berterusan kes jangkitan di negara itu akan meningkatkan lagi risiko ke atas ekonomi walaupun harapan terhadap penemuan vaksin semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat