USD Terus Gagah, Ini Rincian Terbaru Minit Mesyuarat FOMC!

404

US dolar terus mengekalkan momentum pengukuhan susulan penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC yang memperlihatkan pembuat dasar Federal Reserve (Fed) menekankan keperluan untuk melawan inflasi walaupun ia boleh memperlahankan ekonomi.

Para penggubal dasar juga tidak menolak kemungkinan untuk menyaksikan satu lagi peningkatan sebanyak 50 atau 75 mata asas susulan kenaikan tiga perempat mata asas yang telah dibuat pada bulan Jun.

Menurut bank pusat, langkah kenaikan penanda aras sebanyak 75 mata asas adalah perlu untuk mengawal lonjakan inflasi yang berada pada paras tertinggi sejak 1981.

Oleh itu, mereka akan terus berbuat demikian sehingga inflasi menghampiri sasaran Fed pada 2%.

Selain itu, minit tersebut juga mendedahkan bahawa tindakan agresif oleh bank pusat mungkin boleh memperlahankan kadar pertumbuhan ekonomi. Namun begitu, inflasi yang tinggi membawa risiko yang lebih besar kepada Fed.

Susulan terbitan minit mesyuarat itu, dolar greenback didagangkan mengukuh pada paras ketinggian 20 tahun berbanding sekumpulan mata wang utama dengan indeks dolar menguat pada 107.05.

Beralih kepada mata wang Eropah, euro terus merosot lebih rendah dengan mencatatkan paras terendah terbaharu sejak Disember 2002 berbanding USD.

Pound juga dalam tekanan disebabkan pergolakan politik yang semakin parah di UK, di mana setakat ini sekitar 40 orang telah meletakkan jawatan daripada kabinet Perdana Menteri Boris Johnson.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat