USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2015

42

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD menutup lebih rendah dari pembukaan Jumaat lalu, dalam dagangan ganas bersempena “Non Farm Payroll” Amerika Syarikat yang dilaporkan lebih buruk dari jangkaan, 223 ribu berbanding 228 ribu dan data sebelumnya dikemaskini kepada lebih rendah, dari 126 ribu kepada 85 ribu pekerjaan. Harga emas dan minyak yang lebih kukuh juga memihak kepada “loonie”

Laporan permit bangunan yang lebih kukuh juga, menunjukkan peningkatan yang ketara dalam perumahan di Kanada sekaligus membantu sokongang belian untuk Dollar Kanada itu. Walau bagaimanapun, “loonie” dijangka terus lemah, mencapai C$1.25 dalam masa tiga bulan dan C$1.27 dalam tempoh enam bulan, dalam dagangan tidak jauh dari sekitar C$1.26 dalam masa 12 bulan.

Kenaikan “loonie” baru-baru ini dilihat hampir berakhir, dengan penganalisis menjangkakan “interest rate” AS yang lebih tinggi bakal memandu kebangkitan semula ‘greenback’ dan menghantar ‘loonie’ kembali ke paras terendah tahun ini, menurut tinjauan pendapat Reuter. Dollar Kanada yang baru-baru ini telah menjadi sangat sensitif kepada harga minyak, eksport utama Kanada – telah kehilangan 20% dari kemuncaknya Julai lepas, untuk mencecah paras enam tahun terendah pada bulan Mac lalu.

Loonie mendapat banyak sokongan akhir-akhir ini, termasuk kenaikan harga minyak, Dollar AS yang lebih rendah dan prospek yang lebih cerah dari Bank of Kanada. “Pandangan ke atas minyak mungkin kurang positif, manakala kebarangkalian data US yang lebih baik juga lebih besar, terutamanya selepas kejutan negatif yang panjang,” menurut Sebastian Galy dan Stéphanie Aymes dari Societe Generale.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat