Dollar CAD melonjak 60 pips Isnin semalam, sebelum jatuh semula dibawah pivot harian sekitar 1.2466 hari ini; berikutan Dollar yang mendapat lonjakan permintaan gara-gara keputusan Greece yang tidak mahu tunduk kepada sebarang perintah ‘troika’, dalam mesyuarat menteri kewangan negara-negara Kesatuan Eropah Isnin semalam. Pasaran Amerika Syarikat dan Kanada yang tutup berikutan cuti umum, telah disokong oleh pasaran Amerika Latin yang beroperasi seperti biasa.
Selain dari harga minyak mentah dan emas yang didagangkan dalam suasana ‘ranging’ Isnin semalam, tidak banyak yang dapat dilaporkan hari ini berikutan cuti umum bagi kedua-dua negara semalam. Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada hari ini, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran, terutamanya dengan data berimpak sederhana “housing market index’ AS yang dijangka lebih baik dari sebelumnya, 58 berbanding 57.