Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 120 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2545 ke serendah 1.2425, sebelum menutup pada sekitar 1.2490; sekaligus mengekalkan kadar tukaran USD|CAD untuk terus berada dibawah pivot bulanan – 1.2540 Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran USD|CAD berada diatas pivot harian sekitar 1.2545
Di pasaran komoditi, minyak mentah menutup lebih tinggi Selasa semalam, pada sekitar $47.68 setong; sekaligus membentuk ‘bullish doji candle’ di carta harian, yang menunjukkan pasaran yang masih mencari arah, walaupun dalam sentimen ‘bullish’. Ketika artikel ini ditulis, harga minyak mentah telah berada dibawah pivot harian sekitar $47.60 setong.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada minggu ini, kecuali ucapan Gabenor Bank of Canada, Stephen Poloz, Khamis esok; pasaran dijangka terus ‘ranging’ melainkan data-data ekonomi Amerika Syarikat – Rabu-> “durable goods orders”, Khamis -> “unemployment claims”, Jumaat -> GDP dan “consumer sentimen index” – dilaporkan lebih baik dari jangkaan. Hari ini “durable goods orders” AS dijangka mengurang dari 2.8% kepada 0.4% sahaja.