USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Jun 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

Dollar Yen melonjak lebih 100 pips pada lewat petang Eropah Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 124.90, sebelum menutup sekitar paras 124.75; setelah Dollar mendapat tambahan permintaan berbanding Yen, terkesan dari data ISM Manufacturing PMI Amerika Syarikat yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 52.8 berbanding 51.9, dan 51.5 pada sebelumnya.

“Apa yang menyokong Dollar sekarang ialah jangkaan bahawa kenaikan “interest rate” akan berlaku di Amerika Syarikat tahun ini,” kata Yuzo Sakai, pengurus promosi perniagaan pertukaran asing  di Tokyo Forex & Ueda Harlow. “Tetapi apabila Dollar berada di atas garis ¥124, paras yang tinggi itu menjadikan pelabur lebih berhati-hati,” kata beliau sambil menambah bahawa mungkin terdapat tekanan politik, untuk mengekang kenaikan Dollar secara terus menerus, selepas amaran dari Menteri Kewangan Jepun Taro Aso minggu lepas.

Para pedagang dijangka bakal memberikan tumpuan kepada berita-berita ekonomi yang berpotensi untuk menggerakkan pasaran pada minggu ini, termasuk data sektor pembuatan dan pekerjaan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat