USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 Nov 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen terus memacu untuk hari ketiga, lebih 70 pips Rabu semalam untuk ke paras tertinggi harian sekitar 121.70 sebelum menutup sekitar paras 121.55; setelah Dollar AS mendapat permintaan dibawah zon ¥122 pada pagi Tokyo, dibantu oleh peningkatan selera terhadap risiko selepas pasaran saham Tokyo bergerak lebih tinggi dan data sektor perkhidmatan China yang dilaporkan positif.

“Memandangkan kadar jangka panjang AS yang meningkat, ia seolah-olah bahawa jangkaan kenaikan kadar AS pada tahun ini telah dicetuskan” lebih awal daripada laporan pekerjaan AS bagi Oktober pada Jumaat ini, menurut Takuya Kanda, penyelidik kanan di Institut Penyelidikan Gaitame.Com Ltd.  “Data ekonomi China yang kuat memberi kesan kepada mood ‘risk-on’, yang memberi manfaat kepada Dollar.” tambah beliau lagi yang merujuk kepada Indeks Caixin/Markit perkhidmatan China yang meningkat kepada 52.0 pada Oktober daripada 50.5 pada September lalu.

[adrotate group=”6″]

Pasaran kekal teguh terhadap laporan NFP pada Jumaat ini, sama ada data akan menyokong Federal Reserve untuk menaikkan kadar pada bulan Disember. Sebelum daripada itu, pasaran mempunyai peluang untuk menilai kesihatan ekonomi Amerika Syarikat melalui data pekerjaan ADP dan laporan sentimen sektor perkhidmatan ISM.

“Kami telah melihat laporan NFP pergi ke arah yang sama sekali berbeza daripada laporan ADP atau ISM, dan kami juga telah melihat purata pendapatan setiap jam atau kadar pengangguran mencetuskan ‘u-turn’ selepas tindak balas awal kepada NFP,” tulis Kathy Lien, pengarah urusan strategi FX BK Asset Management.  “Oleh itu, trader boleh ragu-ragu sama ada laporan pasaran buruh akan mengesahkan kecenderungan agresif Federal Reserve AS sehingga laporan sebenar disiarkan.” tambah beliau lagi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat