USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 Nov 2015

47

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen terus memacu naik untuk hari keempat, lebih 60 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 122.00 sebelum menutup sekitar paras 121.70; setelah Bank of Japan menyiarkan minit mesyuarat semalam. Pertumbuhan yang perlahan dalam eksport dan perbelanjaan isi rumah yang lemah dijangka memberi tekanan kepada BoJ pada bulan-bulan akan datang. Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda melanjutkan masa yang diperlukan untuk mencapai sasaran inflasi 2%, sambil menyalahkan kejatuhan harga minyak untuk kesan deflasi.

Bank of Japan menyatakan kebimbangan bahawa penurunan harga minyak baru-baru ini boleh melambatkan pencapaian sasaran 2% inflasi dan firma korporat dipersalahkan kerana kenaikan gaji yang perlahan di tengah-tengah keuntungan syarikat yang memberansangkan.  Ramai pegawai BoJ percaya kenaikan tahun ke tahun dalam inflasi akan dipercepatkan, apabila kesan kejatuhan harga minyak mentah hilang dan akan mencapai sekitar 2% “di sekitar separuh pertama 2016”.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data pekerjaan, dimana sektor bukan perladangan (NFP) dijangka menambah pekerjaan sebanyak 179 ribu berbanding 142 ribu pada bulan lepas.  Kadar pengangguran pula dijangka jatuh dari 5.1% kepada 5.0% dan pendapatan purata sejam dijangka meningkat dari 0% kepada 0.2%.  Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat