USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 Oct 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

Dollar Yen menyusut lebih 60 pips Rabu semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.75 sebelum menutup sekitar paras 120.00; setelah Bank of Japan mengekalkan kadar dan dasar pagi semalam. BoJ berkata ia akan terus membeli bon dan lain-lain aset bernilai ¥80 trilion ($663 bilion) setahun dalam kenyataan dasar yang diterbitkan.

Langkah itu adalah seperti yang dijangkakan, walaupun 42% daripada ahli ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg percaya bahawa BoJ akan menambah program pembelian bon yang sudah sedia besar pada akhir bulan ini, selepas mesyuarat pada 30 Oktober. Gesaan untuk rangsangan tambahan telah meningkat di Jepun. Bulan lepas Etsuro Honda, penasihat khas kepada Perdana Menteri Shinzo Abe dan salah seorang arkitek Abenomics, berkata bahawa beliau “melihat lebih banyak bukti” yang BoJ mungkin perlu melakukan lebih banyak ransangan ekonomi.

[adrotate group=”6″]

Dengan latar belakang yang membimbangkan seperti ekonomi China yang semakin perlahan, terdapat satu siri laporan ekonomi negatif dari Jepun dalam beberapa minggu yang lalu. Kaji selidik suku tahunan Tankan BoJ terhadap sentimen korporat menunjukkan harapan untuk tiga bulan akan datang adalah jatuh ke bawah. Pengeluaran industri, komponen penting bagi GDP, jatuh pada bulan Ogos, sekaligus menyebabkan ahli ekonomi percaya Jepun berada di ambang kemelesetan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat