Vaksin AstraZeneca Pula Jadi Mangsa Godam Korea Utara!

344

Menurut sebuah sumber, penggodam Korea Utara didakwa cuba menggodam sistem syarikat pembuat ubat Britain, AstraZeneca dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ketika syarikat tersebut berlumba-lumba untuk menggunakan vaksinnya dalam membendung penularan Covid-19.

Selain itu, para penggodam berkenaan menggunakan rangkaian LinkedIn dan WhatsApp untuk mendekati staf AstraZeneca dengan tawaran pekerjaan palsu. Seterusnya, mereka mengirim dokumen sebagai deskripsi pekerjaan yang dicantumkan dengan malicious code untuk mendapatkan akses ke komputer mangsa.

Tambahan daripada itu, cubaan penggodaman mensasarkan sekumpulan besar individu termasuk kakitangan yang bekerja di pusat penyelidikan Covid-19.

Walau bagaimanapun, Misi Korea Utara ke PBB di Geneva tidak mahu mengemukakan sebarang komen berhubung isu berkenaan. Sebelum ini, Pyongyang telah menafikan bahwa mereka melakukan serangan siber serta tidak mempunyai hubungan langsung dengan media asing.

Manakala AstraZeneca, yang telah muncul sebagai salah satu daripada tiga pembangun vaksin Covid-19 teratas, juga enggan memberikan komen.

Di samping itu, terdapat juga sumber yang mendedahkan bahawa sebahagian daripada kempen penggodaman yang sedang dijalankan dikaitkan dengan pegawai AS dan penyelidik keselamatan siber kepada Korea Utara.

Sehubungan dengan itu, pegawai Barat mengatakan bahawa setiap maklumat yang dicuri dapat dijual untuk keuntungan, digunakan untuk memeras ugut mangsa, atau memberi kelebihan strategik kepada pemerintah asing ketika mereka bersaing untuk membendung penyakit yang telah membunuh 1.4 juta orang di seluruh dunia.

Sementara itu, Microsoft turut mendedahkan bahawa terdapat 2 kumpulan penggodam Korea Utara menyasarkan pemaju vaksin di beberapa negara, termasuk dengan mengirim pesanan dengan deskripsi pekerjaan palsu.

Di samping itu, penggubal undang-undang Korea Selatan mengatakan bahawa agensi perisikan negara itu telah menggagalkan beberapa percubaan tersebut.

Sebelum ini, Korea Utara telah didakwa oleh pendakwa raya AS untuk beberapa serangan siber yang paling berani dan merosakkan dunia, termasuk penggodaman dan kebocoran e-mel dari Sony Pictures pada tahun 2014, pencurian 2016 yang melibatkan sebanyak  $ 81 juta dari Bank Pusat Bangladesh, dan melepaskan virus ransomware Wannacry pada tahun 2017.

Namun begitu, Pyongyang menyifatkan tuduhan itu sebagai cubaan Washington untuk mencemarkan imejnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat