Vaksin J&J Sebabkan Pendarahan Selepas Suntikan!

411

Alamak berdarah pulak bila kena cucuk.

Laporan penggunaan vaksin Covid-19, Johnson & Johnson telah disemak semula oleh pengawal selia Amerika Syarikat (AS) kerana terdapat kes amaran risiko gangguan pendarahan yang jarang berlaku.

Pentadbiran Makanan dan Dadah AS dalam surat kepada syarikat itu pada Selasa melaporkan bahawa risiko trombositopenia imun dalam tempoh 42 hari selepas vaksin termasuklah gejala lebam atau pendarahan berlebihan luar biasa.

Perubahan penggunaan tersebut termasuk pengesyoran kepada penyedia vaksin tentang memberi suntikan J&J kepada orang yang mempunyai keadaan perubatan sedia ada termasuk mereka yang mempunyai tahap platelet yang rendah.

Sehingga kini pihak J&J masih tidak memberi sebarang kenyataan lanjut.

Dalam pada itu, vaksin J&J sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembekuan darah yang jarang berlaku tetapi serius yang dipanggil sebagai trombosis dengan sindrom trombositopenia atau TTS.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa wanita berusia 30 hingga 49 tahun berada pada risiko tertinggi.

Setakat ini lebih kurang 17 juta rakyat Amerika telah diberi vaksin atau menerima 1 dos suntikan dan pada bulan lepas CDC mengesyorkan vaksin RNA yang dibuat oleh Moderna Inc. dan Pfizer Inc untuk digunakan pada orang dewasa berbanding J&J.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat