Wah, Bilangan Pelabur Wanita Di Malaysia Semakin Meningkat!

250

‘Selamat Hari Wanita Sedunia. Abang-abang jerung beri laluan, mummy jerung nak lalu ni bos!’

Bilangan pelabur wanita di Malaysia dilaporkan semakin meningkat dengan 36% pemegang akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) adalah dari kaum hawa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift pada 2020 sebanyak 32% pemegang akaun CDS adalah wanita dan jumlahnya meningkat kepada 34% pada tahun berikutnya.

Tambah beliau lagi, pelabur wanita membentuk 30% daripada jumlah nilai perdagangan pada 2021 dan jumlah dagangan oleh wanita melonjak 194.1% antara 2018 hingga 2021.

Hujarnya lagi, kajian oleh Fidelity Investments menunjukkan pelabur wanita mencapai pulangan positif, mengatasi pelabur lelaki sebanyak 0.4% secara purata dari segi prestasi tahunan antara Januari dan Disember 2021.

Walau bagaimanapun, beliau berpendapat masih ada ruang untuk berkembang, dan banyak yang perlu dilakukan bagi menggalakkan lagi penyertaan pelabur wanita dalam industri.

Oleh itu, Bursa Malaysia telah melancarkan kempen #MyFirstTrade yang berlangsung dari Selasa hingga 31 Mac secara eksklusif untuk pelabur wanita yang mempunyai kisah positif untuk dikongsi dan dalam tempoh tersebut.

Bursa serta broker yang mengambil bahagian akan menyumbang bahagian masing-masing daripada yuran pembukaan untuk lebih 4,000 akaun CDS pertama yang dibuka oleh kaum wanita.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat