Walaupun Data Pekerjaan Positif, AUD Tetap Berpaling Arah!

699

Tumpuan sesi Asia hari ini terarah kepada penerbitan data pekerjaan Australia yang tanpa dijangka menunjukkan penurunan dalam kadar pengangguran pada bulan Julai, ketika negara itu kembali dilanda wabak pandemik.

Biro Statistik Australia (ABS) melaporkan kadar pengangguran menurun kepada 4.6% pada bulan lalu, jauh lebih baik dari jangkaan untuk meningkat 5%, dan susut dari bacaan bulan sebelumnya pada 4.9%.

Selain itu, data juga menunjukkan ekonomi Australia menambah sebanyak 2,200 pekerjaan sepanjang bulan lalu, tetapi jam bekerja turun sebanyak 0.2%. Penganalisis menjangkakan hampir 50,000 pekerjaan akan hilang pada bulan Julai.

Bacaan ini tidak dijangka kerana pasaran meramalkan peningkatan dalam pengangguran berikutan pelaksaan semula langkah sekatan di Sydney, Melbourne dan beberapa kawasan New South Wales (NSW) susulan lonjakan kes Covid-19.

Pekerjaan di NSW menurun sebanyak 36,000 pada Julai, dengan lebih sedikit orang yang aktif dalam tenaga kerja. Kadar penyertaan tenaga kerja negara turun 0.2% kepada 66.0%, lapor ABS.

Bagaimanapun, dolar Aussie gagal meningkat susulan penerbitan data yang positif ini, sebaliknya jatuh lebih rendah ke paras terendah 9 bulan berbanding US dolar yang kukuh.

Ini kerana, pasaran menjangkakan situasi bertambah buruk pada bulan Ogos berikutan langkah penutupan yang dilanjutkan dan diperluaskan lagi ke wilayah-wilayah lain yang terjejas ketika angka kes jangkitan harian terus menunjukkan peningkatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat