Walaupun Dengan Lonjakan USD, Harga Minyak Masih Kuat!

230

Harga minyak mentah bertahan di atas $60 setong setelah terkesan dengan peningkatan matawang US dolar, yang mendorong dagangan komoditi hitam mencatatkan penyusutan pada awal sesi Asia.

US dolar yang lebih kukuh menjadikan harga minyak mentah AS lebih mahal bagi pembeli yang memiliki matawang lain.

Bagaimanapun, disebabkan prospek terhadap pengurangan bekalan minyak mentah AS yang berkurang susulan penutupan kilang minyak akibat cuaca sejuk melampau di Texas, harga minyak bertahan di atas harga $60 setong.

Ketika penulisan, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $63.42 setong.

Sementara dagangan minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula mengukuh pada $60.03 setong, sedikit susut dari paras tertinggi 13 bulan yang dicapainya pada awal minggu, iaitu $60.95 setong.

Menurut anggaran daripada penganalisis, cuaca buruk ini telah menjejaskan jumlah pengeluaran minyak syal AS sekurang-kurangnya 2 juta hingga 3.5 juta tong sehari, dan dianggarkan sekitar 1/5 dari kapasiti penyulingan negara telah terjejas.

Sementara pengeluaran minyak mentah di Permian Basin, Texas pula dijangka mengalami pengurangan sekitar 500,000 hingga 1.2 juta tong sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat