Walaupun Pound Berdepan Tekanan, GBP/USD Berjaya Meningkat

418

Menjelang terbitan data jualan runcit UK pada awal sesi Eropah sebentar lagi, mata wang Pound Sterling dilihat berjaya bergerak lebih kukuh berbanding US dolar sementara pelabur menjangkakan penurunan yang lebih rendah.

Pasaran juga tidak memberi reaksi terhadap sekatan China ke atas UK ekoran komen berhubung isu di Xinjiang yang dijangka akan menambah tekanan kepada dagangan Pound.

Pelabur berkemungkinan diceriakan oleh laporan pelepasan cukai oleh kerajaan UK bernilai £1.5 bilion untuk syarikat-syarikat yang terjejas akibat krisis pandemik. Ini mungkin boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada pemulihan ekonomi.

Walaupun Pound terus pamerkan peningkatan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, penganalisis masih melihat risiko untuk penurunan harga dan membuatkan pelabur lebih berwaspada.

Pada dagangan Khamis semalam, jangkaan untuk harga susut sehingga ke paras 1.37000 meleset apabila harga meningkat dari paras 1.36700 ke paras 1.37400 melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Kenaikan harga dilihat akan kembali menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.38300 sebelum memberi isyarat perubahan trend bullish yang lebih jelas.

Sebaliknya jika harga menjunam semula di bawah paras 1.37000, paras support 1.36000 masih lagi dilihat sebagai destinasi tumpuan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat