Walaupun Saham Teknologi Merosot, JPMorgan Kata Saham Ini Masih Mahal

343

‘Bak kata orang-orang tua, jangan menaruh harapan nanti menyesal.’

Penganalisis bank pelaburan Amerika Syarikat (AS), JPMorgan menyatakan saham ‘pertumbuhan’ yang diterajui oleh saham teknologi masih ‘mahal’ walaupun terdapat penurunan mendadak sejak 6 bulan lalu.

Menurut penganalisis JPMorgan, secara purata firma teknologi telah kehilangan 30% nilainya sejak mencapai kemuncak iaitu pada September tahun lalu.

Selain itu, firma fintech yang berfokuskan aplikasi perbankan teknologi susut 40% pada tahun yang sama.

Saham ‘pertumbuhan’ yang mengalami lonjakan pada era Covid-19, berada dalam penurunan pada tahun ini dimana Facebook jatuh 38%, Apple turun 5.7%, Amazon susut 8.5%, Netflix dan Google masing-masing hilang 35% dan 10%.

Namun, dalam nota yang dikeluarkan oleh penganalisis JPMorgan ada menyatakan penurunan tersebut tidak menandakan ia lebih murah.

Tambahnya lagi, saham perbankan dan saham berkaitan komoditi yang mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak dan logam atau kadar faedah masih ‘mahal’.

Buat masa ini, peluang pendapatan bagi sektor ‘pertumbuhan’ dilihat kurang menarik tetapi tumpuan lebih terarah ke pasaran bon yang mengalami kenaikan mendadak tahun ini apabila bank pusat dunia telah meletakkan asas bagi kenaikan kadar faedah.

Kadar rekod rendah selama bertahun telah mendorong kenaikan saham teknologi namun dengan kadar tersebut dalam peningkatan, pelabur mungkin telah hilang minat terhadapnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat