Walaupun USD Susut, Tapi Emas Tetap Gagal Meningkat!

746

Harga emas terus melemah pada hari Rabu ketika bank-bank pusat utama dunia memberi isyarat untuk bertindak lebih agresif menyebabkan logam kuning itu gagal memanfaatkan sepenuhnya kemerosotan dagangan dolar greenback.

Pada pembukaan sesi Eropah, spot emas didagangkan menyusut pada $1,707 per auns manakala niaga hadapan emas pula merosot kepada $1,704 per auns.

US dolar terus menjauh daripada puncak tertinggi 20 tahun yang dicapainya minggu lepas, menyaksikan indek dolar melemah di paras terendah satu minggu berbanding mata wang utama.

Namun, emas gagal memperoleh sokongan daripada penyusutan tersebut apabila bank-bank pusat utama bersedia untuk menaikkan kadar lebih tinggi dalam usaha membendung inflasi.

Bank Pusat Eropah (ECB) menjadi tumpuan utama pelabur pada ketika ini yang dilaporkan mungkin mempertimbangkan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas berbanding 25 mata yang diperkatakan pada awalnya.

Selain itu, Bank Pusat England (BOE) juga tidak menolak kemungkinan untuk kenaikan setengah mata asas dengan mengatakan cadangan tersebut akan dipertimbangkan pada mesyuarat bulan Ogos.

Data terbaharu menunjukkan inflasi UK meningkat lebih tinggi kepada 9.4% pada bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat