Wanita Ini Jadi Kaya-raya Hanya Selepas Kematiannya

1,194

Anne Scheiber dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Bapanya telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Oleh yang demikian, Anne terpaksa bekerja dalam usia remajanya.

Dengan kesungguhan dan keazaman yang tinggi, beliau berjaya menyimpan sedikit wang dan melayakkan dirinya untuk masuk ke sekolah perundangan. Setelah itu, Anne bekerja sebagai seorang auditor di Internal Revenue Service, jabatan cukai Amerika Syarikat.

Beliau sangat cemerlang ketika berkhidmat, akan tetapi, berhadapan dengan pelbagai diskriminasi. Justeru itu, beliau tidak pernah dinaikkan pangkat selama 23 tahun perkhidmatannya serta hanya memperoleh gaji tidak lebih daripada $3,150 setahun.

Seterusnya, Anne telah bersara pasa tahun 1944 ketika usianya 50 tahun. Tanpa mengenal erti putus asa, berbekalkan wang sebanyak $5,000 beliau mula mencari jalan untuk mengembangkan wang berkenaan.

Berdasarkan pengalamannya sebagai auditor, yang mengkaji tentang pulangan cukai pendapatan, beliau mendapati bahawa ramai individu memperoleh kekayaan melalui pelaburan saham. Oleh itu, beliau mula melabur menjelang umurnya ke-51 sehingga kematiannya pada Januari 1995 ketika berumur 101 tahun.

Salah satu saham yang dibeli oleh Ann ialah Schering-Plough sebanyak 1,000 pada tahun 1950. Setelah kematiannya, saham tersebut telah meningkat sebanyak $7.5 juta dan pulangan yang diperolehi melalui pelaburan berkenaan ialah kira-kira 15.9% setahun.

Selain itu, Anne juga mempunyai saham di syarikat Coca Cola. Saham ini telah mendatangkan tuah kepada beliau kerana harganya telah melonjak naik 25 kali ganda iaitu $720,000 daripada $28,000 antara tahun 1980 dan 1995 dengan pulangan sebanyak 24% setahun.

Kedua-dua saham berkenaan telah menjadikan Anne sebagai seorang jutawan ketika setelah kematiannya dengan kekayaan sebanyak $22 juta. Memang kaya-raya!

Namun sayangnya mendiang tidak sempat untuk menikmati hasil kekayaaan yang dikecapi apabila ajal lebih dahulu datang menjemputnya.

Kesimpulannya, pelaburan yang menguntungkan tidak memerlukan modal yang tinggi. Sebaliknya, anda perlu bijak dalam mengatur strategi untuk memperoleh keuntungan berganda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat