Wikipedia Menentang NFT Diklasifikasikan Sebagai Seni!

526

Habis tu kalau bukan seni, NFT nak dipanggil apa ni?

Barisan editor ensiklopedia percuma dunia, Wikipedia telah bersepakat untuk menentang non-fungible token (NFT) sebagai satu bentuk seni.

Isu pengklasifikasikan NFT ini bermula pada akhir Disember lalu.

Ketika itu timbul perdebatan berkaitan karya termahal dan persoalan sama ada penjualan NFT dianggap sebagai ‘jualan seni’ atau ‘jualan NFT’.

Ekoran daripada itu, wujud perbezaan pendapat dalam komuniti editor Wikipedia mengenai definisi NFT dan ada yang berpendapat ada kekurangan maklumat untuk mencapai konklusi.

Dalam undian untuk sertakan NFT dalam penjualan karya seni atau tidak, seramai 5 editor menentang idea tersebut dan hanya seorang yang setuju.

Hasilnya, pada 12 Januari – koleksi NFT milik Pak (bernilai $91 juta) dan NFT Beeple (bernilai $69 juta) dikeluarkan daripada senarai penjualan karya seni tertinggi.

Namun keputusan tersebut dipertikaikan kerana NFT Beeple ‘Everydays: The First 5000 Days’ itu menggambarkan sebuah kolaj yang terjual di Christie’s pada Mac tahun lepas.

Malah, The New York Times telah pun menyifatkan Beeple sebagai artis ke-3 yang masih hidup dan berjaya mencatatkan jualan tertinggi .

Untuk pengetahuan, garis panduan Wikipedia ada menekankan, tiada undian diperlukan untuk membentuk sebuah konsensus. Untuk mencapai keputusan, konsensus perlu merangkumi penyertaan semua editor yang mengambil bahagian.

Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama Wikipedia berhadapan dengan isu berkaitan kripto.

Pada September 2020, editor senior Wikipedia, merangkap aktivis kripto, David Gerard telah menyokong satu perkongsian yang berkaitan dengan firma perisian blockchain, Power Ledger.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat