Wilbur Ross Gagal Redakan Kebimbangan Pasaran, Sentimen Kekal Berwaspada

245

Sentimen pasaran di sesi Asia terhadap ketidakpastian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China kekal berhati-hati walaupun terdapat kenyataan positif daripada pegawai-pegawai AS mengenai perjanjian perdagangan fasa pertama.

Minggu lalu, Penasihat Ekonomi White House, Larry Kudlow cuba meredakan kebimbangan dengan menyatakan perjanjian tersebut semakin hampir dan ia berada di peringkat terakhir untuk diselesaikan.

Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross pula memberitahu perjanjian itu ‘berkemungkinan besar’ akan berlaku tetapi beliau tidak mengatakan sama ada ia akan dicapai sebelum pelaksanaan tarif ke atas China pada 15 Disember ini.

Dolar Amerika didagangkan meningkat sedikit berbanding yen manakala indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menyusut sebanyak 0.03% kepada 97.95.

Sementara itu di Eropah, keputusan Parti Brexit yang dipimpin oleh Nigel Farage untuk mengundurkan diri daripada merebut kerusi dalam pilihan raya umum UK pada Disember ini dan disokong oleh keyakinan terhadap Parti Konservatif pimpinan PM UK Boris Johnson untuk menang.

PM Johnson pula berkata pada hujung minggu bahawa semua calon daripada parti pimpinannya telah berjanji untuk menyokong perjanjian Brexitnya. Berikutan itu, ia secara perlahan telah mendorong pemulihan pound untuk memperoleh paras tertinggi yang pernah dicapai dalam dua minggu pada 1.2912 berbanding dolar USD.

Selain itu, selera risiko terhadap matawang euro dilihat meningkat untuk diniagakan lebih tinggi daripada dolar USD, pound dan yen menjelang ucapan oleh Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde pada Jumaat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat