Xi Jinping Beri Amaran Pada Putin!

634

Presiden China Xi Jinping dikatakan secara peribadi telah memberi amaran kepada Presiden Rusia Vladimir Putin untuk tidak menggunakan senjata nuklear di Ukraine.

Menurut laporan Financial Times yang memetik kenyataan pegawai barat dan China, amaran itu disampaikan semasa lawatan negara Xi Jinping ke Moscow pada Mac lalu.

Sejak itu, China secara persendirian mendapat manfaat kerana meyakinkan presiden Rusia untuk menarik ancamannya menggunakan nuklear terhadap Ukraine.

Kementerian hal ehwal luar China tidak segera menjawab permintaan untuk komen mengenai perihal tersebut.

Namun, seorang bekas pegawai kerajaan mengesahkan bahawa Xi memberitahu Putin secara peribadi untuk tidak berbuat demikian, menandakan China menggunakan amaran tersebut sebagai senjata keamanannya di Ukraine.

Pencerobohan Rusia di Ukraine sangat bergantung kepada sokongan daripada Beijing yang telah membantu Moscow untuk menahan impak sekatan ekonomi daripada negara-negara Barat.

Tahun lepas, perdagangan dua hala China dengan Rusia mencapai rekod $190 bilion, apabila Beijing meningkatkan pembelian tenaga Rusia dan membolehkannya mengimport teknologi penting termasuk cip mikro.

China telah mengelak daripada mengkritik Rusia atas pencerobohan itu dan menuduh Barat sengaja menyemarakkan konflik dengan membekalkan senjata ke Ukraine.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat