Yang Ditakuti Sudah Tiba! Eropah Jatuh Dalam Kemelesetan

420

2023 bakal menjadi tahun mencabar buat ekonomi dunia untuk menahan impak daripada pengetatan dasar monetari yang berterusan oleh bank-bank pusat, ketegangan geopolitik, inflasi yang kekal tinggi dan beberapa faktor lain lagi.

Terbaru, Zon Eropah dilaporkan telah tergelincir ke dalam kemelesetan dalam tiga bulan pertama tahun ini selepas angka rasmi yang disemak semula menunjukkan ekonomi blok itu menguncup.

Data daripada Eurostat mendedahkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) jatuh sebanyak 0.1% pada suku pertama 2023 dan tiga bulan terakhir 2022.

Untuk konteks, kemelesetan teknikal secara amnya ditakrifkan apabila dua suku berturut-turut mengalami pertumbuhan negatif.

Antara faktor utama kepada penyusutan ini adalah peningkatan kos sara hidup yang telah menjejaskan perbelanjaan pengguna di blok itu.

Isi rumah di seluruh Zon Eropah telah mengalami tekanan daripada kenaikan kos sara hidup selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mencetuskan lonjakan mendadak dalam harga gas.

Ia telah menyemarakkan lagi kadar inflasi untuk melonjak ke paras tertinggi sejak penubuhan blok mata wang tunggal itu.

Bagaimanapun, setelah 7 kali menaikkan kadar faedah, Zon Eropah telah menyaksikan penurunan inflasi yang agak ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Kadar tahunan dilihat merosot daripada puncak 10.6% pada Oktober lalu kepada 6.1% pada bulan Mei.

Mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu depan akan melihat sama ada penggubal dasar masih mahu meneruskan pengetatan atau menghentikannya.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat