Yang Lain Goyang, Tapi Syarikat Hong Kong Tak Gentar Labur $500 Juta Dalam Kripto

354

C Capital, syarikat yang ditubuhkan oleh jutawan Hong Kong, Adrian Cheng berhasrat mengumpul $500 juta untuk melabur dalam mata wang digital, kredit dan ekuiti persendirian sehingga tahun 2023.

Ketika firma lain lebih berwaspada dan berhati-hati, syarikat tersebut berpendapat bahawa meneroka pasaran mata wang kripto sekarang merupakan masa yang tepat kerana pasaran sedang merosot.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden syarikat tersebut, Nen Cheng menyatakan bahawa ‘crypto winter’ sudah mula melonggarkan cengkamannya, dan ini membuatkan pelaburan baharu dapat memberikan hasil baik.

Sebagai konteks, C Capital telah melabur $1 bilion dalam aset dan kredit digital serta 60 perniagaan sejak beberapa bulan lalu manakala hedge fund syarikat tersebut adalah untuk perdagangan kripto.

Difahamkan, pasaran bearish yang berpanjangan pada 2022 bukan sahaja menghilangkan minat pelabur terhadap mata wang kripto, malah kebanyakan syarikat terkemuka menjauhi aset digital tersebut.

Namun, sesetengah pelabur yakin harga mata wang kripto akan meningkat termasuk memperoleh keuntungan setelah kitaran ini berakhir.

Dalam pada itu, Mark Yusko, Ketua Pegawai Eksekutif Morgan Creek Capital Management berpendapat kenaikan pasaran kripto seterusnya akan berlaku pada tahun 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat