Yen Lebih Kukuh Berbanding USD, Carta Safe-Haven USD/JPY Papar Penurunan Harga

194

Sentimen pasaran yang dinilai kekal berisiko menuju ke penghujung minggu ini dilihat terus memberi kelebihan terhadap dagangan mata wang safe-haven dalam pasaran.

Namun berbanding Yen dan Swiss franc yang meningkat, US dolar sebaliknya susut nilai melenyapkan jangkaan pelabur untuk pengukuhan raja mata wang tersebut pada penutup dagangan minggu ini.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga menunjukkan corak penurunan sejak Rabu lalu selepas bergerak mendatar di awal minggu.

Pada Rabu lalu, harga dilihat telah membuat terjunan dari zon mendatar harga 129.300 sehingga menuju ke paras sokongan sekitar 128.00.

Harga menunjukkan isyarat bearish apabila bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) selepas kenaikan yang berlaku pada sesi Asia Khamis semalam juga gagal melepasi halangan tersebut.

Penurunan diteruskan ke awal sesi New York semalam mencecah ke zon support 127.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Kenaikan harga yang bersambung pada dagangan Jumaat pula dilihat menguji rintangan zon 128.00 yang masih lagi belum memberi petanda untuk perubahan trend harga.

Sekiranya harga meneruskan penurunannya semula, zon support 127.00 akan diuji sekali lagi dan berkemungkinan harga boleh tembus lebih rendah.

Untuk jangkaan bagi penurunan yang diteruskan, zon sekitar 125.800 pula dilihat akan menjadi sasaran harga.

Namun jika harga berjaya melonjak dan melepasi paras 128.00 dan juga halangan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk perubahan trend bullish harga semula.

Kenaikan harga bakal menuju ke zon rintangan tumpuan pada awal minggu ini iaitu pada 129.300 dengan sasaran lebih tinggi sekiranya kenaikan berjaya diteruskan adalah menuju semula zon 131.00.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat