Zon $1.3800 Masih ‘Tundukkan’ Peningkatan GBP/USD

335

Sesi Eropah dan New York semalam menyaksikan kenaikan semula harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD apabila US dolar menepati ramalan pasaran untuk kembali menyusut pada awal dagangan September semalam.

Harga telah meningkat dari paras sekitar 1.37300 untuk kembali semula menguji paras rintangan 1.38000 pada zon SBR (support become resistance) untuk hari kedua berturut-turut.

Namun masih lagi belum berjaya menembusi zon penting tersebut untuk isyarat arah pergerakan harga selanjutnya.

Kenaikan harga masih didorong oleh faktor penyusutan semula US dolar yang dijangka akan lemah untuk tempoh yang lebih panjang selepas kenyataan bernada dovish disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada penghujung minggu lalu.

Sementara, mata wang Pound dilihat papar prestasi suram dengan ketiadaan data-data ekonomi utama dan juga perkembangan di UK yang suram. Justeru, pelabur agak ragu untuk jangkakan lonjakan bertenaga harga pada carta GBP/USD untuk tempoh terdekat ini.

Namun jika harga berjaya melonjak melepasi zon SBR 1.38000 akan memberi petanda positif bagi harga meneruskan pergerakan trend bullish.

Jangkaan kenaikan harga seterusnya akan mnuju ke paras rintangan pada ketinggian 1.39000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru untuk tempoh dagangan sekitar 4 minggu.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula setelah gagal tembusi zon SBR 1.38000, zon support harga dilihat berada pada 1.37000 yang telah menyokong harga sejak minggu lalu.

Penurunan lebih rendah yang gagal dibendung bakal ‘ditarik’ semula ke dasar support 1.36000 seperti dagangan Ogos.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat