Dollar CAD terus memacu naik lebih 70 pips Isnin semalam, dalam dagangan ‘ranging’ dari paras tertinggi sekitar 1.3025 ke paras terendah sekitar 1.2950; selepas “loonie” mempunyai asas yang sedikit untuk berdiri di atas emas dan minyak yang diniagakan pada paras yang lemah, ekoran Amerika Syarikat terus bergerak ke dengan peningkatan “interest rate” berbanding penurunan mengejut Bank of Canada Rabu lalu.
Loonie mula jatuh pada hari Rabu selepas Bank of Kanada mengurangkan “interest rate” utamanya kepada 0.5%. Loonie hilang lebih daripada satu sen berbanding Dollar AS pada hari itu, prestasi paling teruk dalam satu hari untuk tahun ini. Dalam Laporan Polisi Kewangan yang dikeluarkan, Bank of Canada berkata kesan kadar pertukaran Dollar Kanada yang lebih rendah “memainkan peranan yang penting dalam menerangkan kekuatan inflasi teras dalam suku baru-baru ini, walaupun dalam keadaan ekonomi Kanada yang meleset.”
Inflasi teras, yang tidak termasuk kesan harga pengguna tidak menentu seperti gas dan makanan, adalah 2.3% dari Jun 2014 hingga Jun 2015, menurut data terkini daripada Statistik Kanada. Bank of Canada bertujuan mengekalkan inflasi teras antara satu hingga tiga peratus.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni