Matawang kripto menyaksikan lonjakan harga susulan daripada pengumuman Pejabat Pengawas Mata Wang (OCC) membenarkan penggunaan stablecoins dan blockchains di bank-bank Amerika Syarikat (AS).
Ethereum (ETH) yang mendominasi pasaran sebagai protokol penyelesaian pembayaran stablecoin melonjak hampir 12% sebaik sahaja kenyataan dikeluarkan dan harga Bitcoin meningkat 5%.
Begitu juga Ripple (XRP), Bitcoin Cash (BCH) dan Litecoin (LTC) yang turut menunjukkan peningkatan harga.
Rakan pengurusan Blockhead Capital yang berpusat di Santa Monica, Justin Yashouafar menyifatkan lonjakan ini sebagai isyarat positif dalam kalangan pelabur yang mula yakin dengan perundangan terbaru.
Yashouafar turut menjelaskan pergerakan positif Bitcoin dan Ethereum diikuti lonjakan harga dari token natif (native token) bagi rangkaian penyokong stablecoins lain seperti Algorand (ALGO) dan Solana (SOL).
Kedua-duanya menyokong stablecoins terbesar, Tether (USDT) dan Circle (USDC).
Bagaimanapun ketika ETH dan ALGO melonjak selepas berita itu, harga SOL dilihat tidak berubah.
Ketika ini BTC didagangkan pada $31,316 dengan prestasi peningkatan hampir 13% setakat hari ini. Manakala ETH mencatatkan harga pada $1,001, sedikit rendah berbanding rekod tertinggi $1,140.