Logam kuning tradisional mencecah $2,650 di penghujung minggu di saat dagangan dolar Amerika Syarikat (AS) kurang berganjak apabila Amerika Syarikat menyambut cuti Thanksgiving.
Konflik geopolitik yang mereda mengurangkan keyakinan emas untuk bergerak tinggi dan mengehadkan kenaikan harga untuk stabil sejak Selasa.
Pada jam 11.00 pagi, harga emas berada pada paras $2,657.30 iaitu naik 0.74% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Suasana pasaran bertambah baik pada Khamis, sebahagiannya disebabkan oleh gencatan senjata selama 60 hari Israel dan Lubnan.
Walau bagaimanapun, peningkatan konflik Rusia-Ukraine boleh mengekalkan harga bullion di atas $2,600.
Selain itu, ancaman tarif dahsyat oleh bakal Presiden AS, Donald Trump ke atas China, Kanada dan Mexico mampu menyekat kemaraan logam emas dan pasaran akan beralih ke aset selamat mata wang iaitu USD.
Sumber media Reuters berkata peningkatan kebimbangan perang dagang itu berkemungkinan memberi kesan ke atas negara-negara tersebut dan akan menyokong kedudukan emas sebagai aset selamat.
Selepas kenyataan Donald Trump mengenai dasarnya, emas jatuh kerana risiko yang dikaitkan dengan ancaman tarif serta perkembangan terkini menunjukkan bahawa beliau telah meredakan retoriknya kepada Kanada dan Mexico.