Bitcoin merosot ke sekitar AS$79,250 dan kini berdepan risiko menguji sokongan AS$77,000 menjelang keputusan kadar faedah Fed.
Dalam masa sama, XRP terus tertekan di bawah AS$1.30, meskipun rancangan Evernorth untuk menambah pegangan XRP menarik perhatian pelabur terhadap potensi permintaan institusi.
Bitcoin Berdepan Risiko Penurunan Ke AS$77,000
Bitcoin merosot ke sekitar AS$79,250 pada hujung minggu, susut kira-kira 9.3% daripada paras tertinggi AS$87,392 pada 21 September.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada AS$80,197 positif 0.24% sejak pembukaan sesi Asia pada Selasa.
Menurut Bitfinex, harga berisiko menguji sokongan AS$77,000 hingga AS$77,765 jika tekanan jualan berterusan, manakala paras AS$81,300 hingga AS$82,500 menjadi rintangan yang perlu ditembusi untuk mengukuhkan pemulihan.
Keputusan kadar faedah Federal Reserve (Fed) pada 28 Oktober menjadi tumpuan utama pelabur. Pendirian Fed yang lebih hawkish berpotensi menekan Bitcoin, manakala isyarat lebih lembut boleh menyokong pemulihan pasaran.
Namun, Galaxy Research berpandangan fasa bearish Bitcoin mungkin telah berakhir dan pasaran sedang memasuki fasa pengumpulan, disokong oleh pengurangan jualan pemegang jangka panjang.
Walau bagaimanapun, firma itu memberi amaran bahawa penutupan mingguan di bawah AS$76,540 dan kegagalan untuk kembali melepasi paras tersebut dalam tempoh sebulan boleh melemahkan prospek bullish.
XRP Terus Tertekan, Evernorth Rancang Tambah Pegangan
Dalam pasaran altcoin, XRP turut berdepan tekanan jualan apabila harga terus bergerak di bawah paras AS$1.30.
Ketika artikel ini ditulis, harga XRP didagangkan pada AS$1.3070 positif 0.01% sejak pembukaan sesi Asia pada Selasa.
Dari sudut teknikal, kawasan AS$1.30 menjadi paras penting yang perlu ditembusi dan dipertahankan sebagai sokongan bagi menunjukkan tanda pemulihan lebih kukuh.
Dalam perkembangan korporat, Evernorth Holdings mengumumkan perjanjian dengan CF Principal Investments bagi menyediakan kemudahan ekuiti sehingga 5,218,935 saham Kelas A.
Jika dilaksanakan sepenuhnya, kemudahan itu berpotensi mengumpulkan kira-kira AS$81 juta berdasarkan harga pasaran ketika laporan dibuat.
Evernorth merancang menggunakan dana tersebut untuk tujuan korporat, pembangunan ekosistem XRP dan meningkatkan pegangan XRP dalam perbendaharaannya.
Menurut Ketua Pegawai Kewangan Evernorth, Matt Frymier, kemudahan itu merupakan langkah awal syarikat untuk membangunkan sumber pembiayaan bagi mengembangkan dan mengurus perbendaharaannya.
Walaupun rancangan tersebut boleh menarik perhatian pelabur terhadap permintaan institusi, pengumpulan dana itu tidak bermaksud keseluruhan jumlah berkenaan telah digunakan untuk membeli XRP. Pelaksanaannya bergantung pada penggunaan kemudahan ekuiti tersebut dan keperluan syarikat.
INTRADAY OUTLOOK
Bitcoin masih berdepan tekanan bearish selagi harga gagal kembali melepasi zon rintangan AS$81,300 hingga AS$82,500. Jika harga terus merosot, zon AS$77,765 hingga AS$77,000 menjadi kawasan sokongan utama yang perlu diperhatikan.
Bagi XRP, harga perlu kembali melepasi AS$1.30 dan mengekalkan kedudukan di atas paras itu untuk menunjukkan pemulihan yang lebih meyakinkan. Selagi harga kekal di bawah kawasan tersebut, tekanan jualan berpotensi berterusan.
Nak tingkatkan ilmu trading dengan lebih tersusun?
Jom sertai INTRADAY Education di Telegram untuk dapatkan perkongsian pendidikan trading, info kelas dan bahan pembelajaran yang boleh bantu anda terus konsisten dan berjaya sebagai trader.
Tekan link di bawah dan join sekarang.
👉 JOIN CHANNEL INTRADAY EDUCATION: https://t.me/+rQtA4_qQXAI5MDE1






















































