Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Ringgit memulakan dagangan pagi ini dengan nada positif, mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025.
Pada jam 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.0570 berbanding dolar AS iaitu positif 0.12% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia
Penganalisis menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan anggaran awal KDNK diunjurkan sekitar 5.4 peratus.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Dr Afzanizam berkata angka pertumbuhan yang kuat mampu mengurangkan keperluan Bank Negara untuk menurunkan kadar faedah tahun ini ialah faktor yang mampu menyokong nilai ringgit.
Pada Khamis semalam, ringgit susut sedikit apabila dolar AS mengukuh susulan data tuntutan pengangguran AS yang lebih baik daripada jangkaan, sekali gus mengurangkan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed.
Dalam dagangan pagi ini, ringgit turut mengukuh berbanding yen, euro, pound sterling, dolar Singapura dan baht Thailand, manakala pergerakannya hampir mendatar berbanding peso Filipina dan rupiah Indonesia.
Penganalisis menjangkakan ringgit akan terus diniagakan dalam julat sekitar RM4.05 hingga RM4.06 hari ini, bergantung kepada reaksi pasaran terhadap data KDNK yang bakal diumumkan.

























































