Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Mata wang ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS ketika para pelabur memilih pendekatan berhati-hati dan memantau perkembangan ekonomi semasa.
Pada jam 10:21 pagi, ringgit dibuka pada 4.0540 iaitu menyusut 0.05% berbanding dolar AS sejak dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Mualamat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjelaskan bahawa sentimen penghindaran risiko terus mempengaruhi pasaran kewangan global susulan kebimbangan berterusan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan geopolitik.
Beliau turut menyatakan bahawa Indeks Dolar AS (DXY) merosot 0.83% kepada 98.570 mata, sekali gus berpotensi memberi sedikit rangsangan kepada mata wang ringgit.
Sementara itu, ringgit dijangka diniagakan dalam julat sempit sekitar RM4.05 hingga RM4.06 hari ini.
Pada pembukaan, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5615/5648 daripada 2.5696/5729 semalam, naik sedikit berbanding pound British kepada 5.4462/4529 daripada 5.4618/4686 dan kekal stabil berbanding euro kepada 4.7516/7574 daripada 4.7530/7588.
Ringgit turut diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1557/1598 daripada 3.1602/1646 semalam dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 238.7/239.4 daripada 239.0/239.4.
Bagaimanapun, ia menyusut berbanding baht Thailand kepada 13.0566/0824 daripada 13.0397/0629 dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.81/6.83. – BERNAMA





















































