XRP kembali menjadi perhatian pasaran ketika Senat Amerika Syarikat bersedia mengadakan undian terhadap CLARITY Act, dengan perkembangan tersebut dilihat sebagai antara catalyst penting untuk pasaran kripto.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada $1.4224 menyusut 0.03% sejak pembukaan sesi Asia pada Selasa.
XRP Masih Berkonsolidasi
Menurut penganalisis kripto CasiTrades, XRP sudah beberapa ketika bergerak dalam kawasan yang sama dan kekal di sekitar paras 0.5 Fibonacci retracement.
Beliau melihat struktur semasa sebagai W4 (Wave 4) yang masih sah. Dalam analisisnya, XRP masih mempunyai ruang untuk membentuk paras tertinggi baharu sekiranya momentum pasaran terus menyokong.
AS$1.65 Jadi Paras Penting
Selain kawasan resistance yang lebih tinggi, AS$1.65 turut menjadi paras penting dalam analisis tersebut.
CasiTrades mahu melihat XRP bukan sahaja melepasi paras itu, tetapi mampu mengekalkannya sebagai support. Jika berlaku, ia boleh menunjukkan perubahan pada struktur harga semasa.
Sebaliknya, kegagalan untuk mendapatkan semula AS$1.65 boleh menyebabkan perhatian kembali kepada paras Fibonacci yang lebih rendah sekitar AS$1.09 dan AS$0.87.
CLARITY Act Jadi Catalyst
Undian CLARITY Act menjadi tumpuan kerana rang undang-undang tersebut menyediakan kerangka peraturan bagi aset digital dan token rangkaian di Amerika Syarikat.
Perkembangan ini turut penting kepada XRP kerana ia boleh menguatkan perbincangan mengenai layanan XRP sebagai komoditi dalam pasaran sekunder, bergantung kepada pelaksanaan rangka kerja tersebut.
CasiTrades bagaimanapun mengingatkan bahawa jika XRP melonjak susulan berita CLARITY Act sebelum mengalami rejection, keadaan itu tidak semestinya menunjukkan trend pasaran sudah lemah.
INTRADAY OUTLOOK
XRP kini berada dalam fasa menunggu catalyst baharu dengan AS$1.65 menjadi paras yang perlu diberi perhatian.
Pergerakan harga selepas perkembangan CLARITY Act dijangka menjadi petunjuk penting kepada kekuatan momentum semasa, terutama sama ada XRP mampu mengekalkan paras yang lebih tinggi atau kembali memasuki fasa konsolidasi.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM Â
HUSTLE24HOURÂ ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.




















































