XRP menunjukkan pemulihan secara beransur-ansur pada Selasa selepas berjaya mempertahankan kawasan sokongan AS$1.38.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada $1.4188 positif 0.11% sejak pembukaan sesi Asia pada Rabu.
Pergerakan ini kembali menarik perhatian apabila aktiviti dalam pasaran derivatives mula menunjukkan tanda-tanda peningkatan minat terhadap posisi bullish.
Sebelum ini, XRP gagal menembusi tekanan jualan sekitar AS$1.50 dan kembali membuat pembetulan.
Kini, tumpuan pasaran beralih kepada kemampuan XRP untuk melepasi dan bertahan di atas AS$1.40.
Open Interest XRP Mula Meningkat
Dalam pasaran futures perpetual, Open Interest (OI) meningkat sedikit kepada 2.24 bilion XRP, berbanding 2.23 bilion XRP sehari sebelumnya dan 2.2 bilion XRP pada Ahad.
Walaupun kenaikannya kecil, OI kini kelihatan lebih stabil selepas jatuh daripada 2.78 bilion XRP pada 15 Ogos.
Jika trader terus meningkatkan pendedahan kepada posisi long, ia boleh memberikan sokongan tambahan kepada pemulihan XRP dan membantu harga kekal di atas AS$1.40.
Funding Rate Kekal Positif
Sentimen bullish turut kelihatan melalui OI-Weighted Funding Rate yang kekal positif pada 0.01%.
Menurut data CoinGlass, funding rate tersebut berada dalam kawasan positif sejak 28 Ogos. Ini menunjukkan trader yang mengambil posisi long masih sanggup membayar premium untuk mengekalkan posisi mereka.
Keadaan ini memberi gambaran bahawa bulls masih mempunyai sedikit kelebihan dalam pasaran derivatives.
Sentimen Pasaran Masih Positif
Sentimen keseluruhan pasaran kripto turut menyokong pergerakan XRP apabila Fear & Greed Index berada pada 69, iaitu dalam zon Greed.
Walaupun bacaan itu turun sedikit daripada 71 sehari sebelumnya, ia masih menunjukkan selera risiko pelabur berada pada tahap yang agak tinggi.
Jika sentimen ini kekal positif dan aktiviti derivatives terus meningkat, XRP berpotensi mendapat sokongan untuk meneruskan pemulihan.
AS$1.40 Jadi Paras Penting
Buat masa ini, AS$1.40 menjadi paras utama untuk XRP. Kejayaan menembusi dan bertahan di atas kawasan tersebut boleh menguatkan momentum kenaikan, manakala kegagalan berulang kali boleh menyebabkan trader mula mengambil keuntungan dan meningkatkan tekanan jualan.
INTRADAY OUTLOOK
XRP dilihat mempunyai bias neutral ke bullish selagi harga mampu bertahan di atas sokongan AS$1.38.
Penembusan kukuh di atas AS$1.40 boleh membuka ruang untuk XRP kembali menguji kawasan AS$1.45 hingga AS$1.50, manakala kegagalan mempertahankan AS$1.38 boleh meningkatkan risiko pembetulan lebih rendah.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM
HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.


























































