3 Kelebihan Trade Dengan TF Lebih Besar Yang Semua Forex Trader Perlu Tahu

1,222

 

Antara soalan yang sering saya terima juga adalah, “tuan trade time frame apa ya?” atau kadang-kadang berbunyi “time frame apa yang bagus untuk trade tuan?”

Sebenarnya memilih time frame untuk trading banyak bergantung kepada personaliti anda sendiri.  Trader yang kehausan adrenalin mungkin akan menggunakan tempoh masa yang kecil dan singkat seperti 5 minit yang ada banyak setup, manakala seorang trader yang tenang akan mencari, memilih time frame yang lebih besar dan perlahan seperti 4 hour dan berada dalam position untuk tempoh yang lebih lama. Kebiasaan cara trading menggunakan TF besar juga berkait rapat dengan target bagi akaun itu sendiri. Lebih besar, lebih perlahan, dan sesuai untuk low risk akaun.

Walaupun ramai yang suka trade yang cepat, masih ada 3 kelebihan yang ketara dalam swing trading yang selalunya menggunakan timeframe 4 hour ke atas.

#Mengelakkan over-trading:

Trading di dalam jangka masa yang singkat bermakna memasuki dan keluar perdagangan dengan cepat. Jadi, anda boleh memerah lebih trade dalam tempoh yang singkat. Short term trader atau day trader yang sangat berdisiplin berjaya meletakkan diri mereka di dalam bilik terpencil, trade dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan kemudian tinggalkan PC dengan target keuntungan atau had kerugian harian. Akan tetapi, tidak semua orang boleh buat begitu: kejayaan yang cepat menimbulkan selera untuk trade lagi dan sekiranya tidak berjaya dikawal boleh membawa kepada ‘over-trading’ dan kerugian. Kegagalan untuk membuat keuntungan dalam masa yang terhad ini, sering menyebabkan situasi nak “balas dendam” kepada pasaran dan ini boleh membawa kepada penutupan akaun.

#Tiada ‘noise’:

Apabila berdagang dalam jangka masa pendek, anda adalah lebih bergantung kepada tindakan short term trend dalam pasaran. Pergerakan sekali-sekala seperti itu boleh menjejaskan analisis anda dengan mudah. Sekiranya ada mana-mana news yang dikeluarkan walaupun kesannya hanya sementara boleh mengubah arah pasaran dengan sekelip mata. Pada jangka masa yang perlahan atau time frame yang besar, ini keadaan seperti ini kurang dirasai.

#Penggunaan masa yang lebih efektif:

Apabila berdagang dalam jangka masa yang singkat, anda masih perlu melihat gambaran yang lebih besar juga.  Sekiranya anda seorang day trader, anda perlu tahu arah pasaran untuk minggu tersebut untuk memastikan anda tidak melawan trend apabila market retrace pada hari-hari tertentu.  Sekiranya anda seorang swing trader pula, anda perlu tahu arah pasaran untuk bulan tersebut.  Ini adakalanya merumitkan analisis dan dagangan.  Namun dengan menggunakan time frame yang lebih besar seperti Daily untuk trade, anda hanya perlu luangkan 20 minit sehari untuk buat analisa arah pasaran dan lebih banyak masa boleh diluangkan untuk aktiviti lain bersama keluarga tercinta atau hobi anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat