8 Daripada 28 Firma Kripto Ditahan SEC

1,034

Sebanyak 8 syarikat matawang kripto yang tidak berdaftar dipanggil Securities and Exchange Commission (SEC) kerana disyaki menyasarkan bakal-bakal pelabur dengan maklumat korporat palsu.

Firma-firma tersebut mengakui mereka antara sebahagian hab perdagangan baru yang boleh dipercayai, menyediakan perkhidmatan kepada kepada pesara, malah mengaku sebagai firma undang-undang yang mengekang penipuan matawang kripto.

Daripada 28 firma yang disyaki, firma-firma yang terbabit; AxTrading-Investment, Passive Trade Plan, RetireWell Investors, Reclaws International Inc., SmartCoins24, BitminingFX, Cryptobravos dan FXBitcash.

Melalui laman web, mereka menarik perhatian pelabur-pelabur berpotensi dengan jaminan yang lumayan.

SEC memberitahu, para pelabur telah menfailkan aduan mereka terhadap 28 firma kripto haram dengan tuduhan menggunakan informasi mengelirukan bagi penipuan terhadap pelabur bukan warganegara Amerika Syarikat (AS).

SEC juga menyenaraikan nama syarikat-syarikat tersebut dalam amaran PAUSE bagi membantu para pelabur dari sebarang penipuan pada masa akan datang.

Ekoran daripada isu begini, tidak mustahil calon pilihan Presiden Joe Biden untuk jawatan pengerusi SEC, Gary Gensler akan memperkenalkan perundangan yang ketat sebaik sahaja mula bertugas secara rasmi.

Setakat hari ini, masih belum jelas bila Gensler akan menghadiri sesi pengesahan bersama Senat AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat