9 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 Februari 2019)

697

Berikut disediakan antara sebahagian data yang menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Laporan pekerjaan di UK (Selasa 5.30 Petang): Selain masih dibebani faktor ketidaktentuan Brexit, nilai dagangan Sterling pada Selasa akan dipengaruhi oleh bacaan indeks purata pendapatan untuk tempoh tiga bulan yang dijangka akan mencatatkan sedikit peningkatan berbanding bacaan sebelumnya. Sementera kadar pengangguran di UK dijangka akan kekal di paras 4.0%.

Sentimen Ekonomi Eropah ( Selasa 6.00 Petang): Tinjauan ZEW terhadap sentimen ekonomi di Eropah akan mengukur keyakinan para pelabur institusi di Jerman khususnya terhadap unjuran ekonomi di negara mereka. Bacaan data dijangkakan akan membuat sedikit kenaikan namun masih kekal berada pada tahap yang rendah.

Data PPI di Jerman (Rabu 3.00 Petang): Data indeks harga pengeluar di Jerman untuk bacaan bulan Januari dijangka akan mencatatkan kenaikan kepada -0.2% berbanding bacaan sebelumnya pada -0.4% dan bacaan masih tetap berada pada kadar yang rendah.

Minit Mesyuarat FOMC di AS (Khamis 3.00 Pagi): Federal Reserve sebelum ini telah mengekalkan kadar faedah pada Januari dan menyatakan masih boleh bersabar untuk tindakan menaikkan kadar. Sebarang komen dan kenyataan akan memberi impak terhadap pasaran saham dan dagangan matawang USD.

Laporan Pekerjaan di Australia (Khamis 8.30 Pagi): Laporan data pekerjaan di Australia telah mengatasi jangkaan pasaran untuk 3 laporan sebelum ini dengan kenaikan sebanyak 21,600 pertambahan pekerjaan pada Disember. Kadar pengangguran turut menurun kepada 5%, menunjukkan perkembangan pada sektor buruh. Pelabur akan memberi tumpuan pula laporan untuk bulan Januari.

Data PMI Zon Eropah (Khamis 5.00 Petang): Pasaran sesi Eropah pada Khamis akan disajikan dengan data-data ekonomi pada zon Eropah khususnya di Jerman dan Perancis. Data indeks PMI akan menjadi tumpuan dengan memberikan isyarat awal terhadap kadar pertumbuhan ekonomi dan amaran terhadap kemelesatan.

Data Tempahan Barangan Tahan Lama AS (Khamis 9.30 Malam): Bacaan data untuk bulan Disember ini turut ditangguhkan berikutan isu penutupan kerajaan sebelum ini. Bacaan jualan menunjukkan peningkatan 0.8% pada November dan dijangka akan mencatatkan kenaikan pada skala yang sama untuk bulan Disember. Bacaan data teras pula diramalkan meningkat pada kadar 0.2% selepas menurun pada -0.3% sebelum ini.

Data Jualan Rumah Sedia Ada di AS (Khamis 11.00 Malam): Sektor perumahan di Amerika Syarikat sedang menunjukkan tanda-tanda penurunan. Angka jualan tahunan jatuh ke paras 4.99 juta pada Disember. Jangkaan bacaan data untuk bulan Januari akan mencatatkan sedikit peningkatan.

Data Jualan Runcit di Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Antara data yang menjadi sebahagian petunjuk pada kadar inflasi di Kanada ini dijangka akan meningkat ke paras sifar untuk bacaan bulan Januari berbanding penurunan pada kadar -0.9% pada bacaan bulan sebelumnya. Data jualan runcit teras turut dijangka meningkat namun masih kekal berada pada tahap yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat