Adakah Data Jualan Kereta yang Meningkat di AS Membantu Pengukuhan Logam Hitam?

52

Harga minyak merosot pada hari Khamis walaupun mendapat sedikit sokongan daripada data jualan kereta di AS dan pengurangan stok bekalan minyak mentah.

Brent futures yang menjadi penanda aras minyak antarabangsa diniagakan pada $56.28 setong selepas turun 18 sen daripada penutup sesi sebelum ini.

Peniaga minyak berkata, penurunan harga minyak hari ini didorong oleh kebimbangan terhadap perlaksanaan perjanjian pembekuan bekalan yang telah dirancang sebelum ini.

Harga minyak mentah secara purata dikatakan akan terbang ke julat diantara $50 hingga $60 setong menurut jangkaan pasaran.

Penganalisis komoditi di Reuters iaitu Wang Tao berkata bahawa trend harga brent mentah secara teknikal boleh pergi setinggi $55.43 setong.

Di Amerika Syarikat, harga minyak mentah didagang lebih kukuh berbanding pasaran antarabangsa berikutan data jualan kenderaan yang semakin mengukuh, dan laporan stok simpanan minyak mentah komersial.

WTI mentah juga diniagakan menurun sebanyak 10 sen ada $53.16 setong. Institut Petroleum Amerika Syarikat (API) melaporkan bahawa inventori minyak mentah di AS menurun 7.4 juta tong pada minggu berakhir 30 Disember lalu kepada 482.7 juta.

Menurut penganalisis minyak di Oanda Singapura iaitu Jeffrey Halley, minyak mentah akan didagang dengan positif dalam sesi Asia kerana disokong oleh laporan terbabit.

WTI mentah juga mendapat rangsangan daripada jualan kereta dan lori di AS yang meningkat sebanyak 3.1 peratus pada bulan Disember, sekali gus mencecah rekod 17.55 juta pada tahun 2016.

Emas Menambah Tenaga Selepas Mesyuarat Fed Pagi Tadi dinilai Agak Hambar 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat