Adakah Emas Pilihan Terbaik Dalam Keadaan Ekonomi Yang Tidak Menentu Sekarang?

79

Emas mencatatkan keuntungan awal dalam sesi Asia berikutan paaran yang masih tidak stabil menjelang berita utama bagi minggu ini iaitu data NFP dan pilhanraya presiden yang bakal berlangsung 8 November nanti.

Emas di Comex meningkat 0.03% kepada $1,303.65 satu troy ounce.

Dalam masa yang sama, dagangan silver futures meningkat dan copper futures menjunam dalam sesi ini.

Pada hari ini, data NFP akan dikeluarkan dan boleh menjadi sokongan kepada kenaikan kadar pada bulan Disember jika data yang dikeluarkan positif.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 97.08, yang merupakan nilai terendah semenjak 11 Oktober lalu.

Semalam, emas didagang kembali merosot apabila Us Dollar dan saham dicatat stabil dalam sesi Eropah.

Pasaran saham global juga mula turun naik gara-gara ketidaktentuan pasaran menjelang pilihanraya penting akan datang.

Ekonomi Australia dinilai Dalam Keadaan Stabil 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat