Adakah TPP Berjaya Diteruskan Tanpa Penglibatan Amerika Syarikat?

48

Menteri-menteri dari Mexico dan New Zealand berkata pada Ahad bahawa baki negara yang masih bersama-sama dalam perjanjian Perkongsian Perdagangan Trans-Pasifik bersetuju untuk mencari pilihan lain bagi meneruskan TPP walaupun tanpa penglibatan Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Presiden AS, Donal Trump telah menarik AS keluar daripada perjanjian tersebut kerana berpendapat bahawa perjanjian tersebut bersifat tidak adil.

11 negara yang terlibat di dalam perjanjian tersebut mengadakan perbincangan di luar mesyuarat negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Hanoi, Vietnam.

Menteri Perdagangan New Zealand Todd McClay berkata kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan bahawa isi mesyuarat bertumpu kepada pergerakan perjanjian tersebut yang dianggotai dengan 11 buah negara.

Menurut Menteri Ekonomi Mexcio iaitu Ildefonso Guajardo, kesemua negara akan mengemukakan cadangan masing-masing di dalam pertemuan pada bulan November nanti.

US Dollar Bergelut di Paras Agak Rendah Dalam Permulaan Dagangan Sesi Asia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat