Ancaman Dolar Digital? China Tak Takut!

216

China tidak gentar jika dolar digital diperkenalkan kerana yakin tiada impak terhadap monetarinya.

Pengarah People’s Bank of China (PBOC) Digital Currency Initiative, Mu Changchun, menjelaskan pihak bank pusat telah pun membangunkan platform mata wang digital bank pusat (CBDC) pelbagai hala yang menyokong pembayaran rentas sempadan; pelbagai mata wang; termasuk pelbagai bidang kuasa.

Tidak cukup dengan itu, PBOC juga telah meletakkan pengurusan kapital yang ketat untuk memastikan kemampanan e-CNY daripada impak dollarization.

Untuk pengetahuan, buat masa sekarang China sedang rancak mempromosikan yuan digital melalui acara Olimpik Musim Sejuk Beijing dalam kalangan atletnya dan barisan diplomat.

Ini bermakna, dua kaedah pembayaran yang diperkenalkan dan diterima sepanjang acara ini: 1/ melalui pengguna e-CNY, dan 2/ melalui kad kredit Olympic Games yang ditaja oleh Visa.

Yuan digital masih lagi melalui fasa pengujian dan dijangka akan dilancarkan pada tahun ini, sekaligus menjadi CBDC salah satu bank pusat terbesar dunia yang pertama.

Difahamkan setakat ini kira-kira hampir 100 bank pusat seluruh dunia sedang meneroka kelebihan CBDC dan salah satunya ialah Malaysia.

Manakala Amerika Syarikat (AS) dilihat ketinggalan jika dibandingkan dengan usaha bank pusat ‘the big 4’ – Kesatuan Eropah (EU), Jepun, dan United Kingdom (UK).

Sebelum ini AS telah pun memberi amaran kepada para atletnya yang menyertai Olimpik Musim Sejuk Beijing untuk tidak menerima yuan digital kerana bimbangkan pengintipan.

Sejak tahun lepas lagi negara yang dipimpin Joe Biden ini tidak senang dengan kehadiran yuan digital. Tidak pasti mengapa, tetapi AS memilih untuk tidak tergesa-gesa menjadi juara perlumbaan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat